Tuesday, December 31, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Alhamdulillah...
Segala pujian bagi Allah SWT...
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani....
Bersyukurlah... Dengan Izin Nya kita dapat melangkah ke Tahun 2014... dan meninggalkan Tahun 2013 yang meninggalkan pelbagai kenangan bagi kita...
Bersyukurlah.. Dengan Izin Nya juga kita masih bernafas.. untuk meneruskan kehidupan ini.. Semoga dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati olehNya.. Amin..
Sentiasa berdoa kepadaNya... Doa adalah perkara yang paling kita suka kerna mengandungi harapan, rayuan,Kesyukuran,bisikan kepada Pencipta yang Maha Memberi, Maha Menyanyangi, Maha Mendengar. Kadang terlintas rasa malu kerana walau doa dilafaz tetapi terlalu banyak kegelinciran dalam menjalani kehidupan seharian, terlalu banyak perintah Nya yang kita tidak ambil endah..., terlalu banyak larangan Nya yang kita redah.. Namun, kita tetap berdoa. Berdoa memohon keampunan Nya. Berdoa agar diberi petunjuk dan hidayah. Berdoa agar diberi kekuatan untuk mengharungi hidup ini sebagaimana diredhai oleh Nya.... Aminn.. Syukur.

Monday, December 30, 2013

Mencari Ketenangan

Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi, subur dan sihat. Iaitu persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap Oleh itu hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah SWT. Jadikan rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah SWT sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Allah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas. Ia Maha mengetahui akan segala rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milikNya. Berserahlah kepadaNya untuk mencapai ketenangan hidup didunia dan kebahagiaan di akhirat..